Demografi Chenderoh (kawasan persekutuan)

Pecahan pemilih berdaftar berdasarkan etnik pada tahun 1999.

  Cina (20.6%)
  India (6%)
  Melayu (73.3%)
  Lain-lain (0.1%)

Pada pilihan raya umum Malaysia 1999, kebanyakannya pengundi atau pemilih ialah beretnik Melayu sebanyak 73.3 peratus dan kemudiannya diikuti oleh pengundi beretnik Cina iaitu sebanyak 20.6 peratus. Pengundi yang beretnik India dan lain-lain merupakan paling sedikit jumlah peratusan iaitu masing-masing ialah 6 dan 0.1. Jumlah keseluruhan pengundi di kawasan Chenderoh ialah seramai 34,362 orang. Sebilangan besar pengundi adalah petani dan nelayan di tasik pedalaman.[1]